|
|
| Thursday, 31-Aug-2006 14:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HARI KELUARGA DAN PERHIMPUNAN KELAB-KELAB KERETA NEGERI PAHANG
|
|
Pahang Car Clubs Assosiation (PMCA) telah mengadakan perhimpunan antara kelab-kelab kereta sekitar negeri Pahang secara besar-besaran disamping mengadakan beberapa aktiviti keluarga seperti sukaneka dan beberapa aktiviti lain.Acara ini telah mendapat publisiti dan liputan meluas dari media.
Tarikh : 13 Ogos 2006
Tempat : Pantai Balok,Kuantan
Waktu : 9.00 Pagi - 6 Petang
Bayaran : RM 15 seorang (termasuk makanan dan cenderahati)*
*bayaran hanya untuk ahli sahaja,jika bawa keluarga,tambahan hanya RM 5 sahaja untuk makanan atau boleh bawa bekal sendiri
Kelab-kelab kereta yang turut serta ialah TRIPLE K , PROCC , GEN2C , TOMC , PROSPEED , NISMOCLUB , OGGIE , WORLD , MASTERPIECE , AE OWNERS , KELISA OWNERS , KELAB KERETA MINI , V SIXSER , KILLERBEES , PITSTOP , KELAB UNIVERSAL AUDIO KUANTAN , VIRUS , DLL..................kehadiran adalah lebih kurang 300 buah kereta
ProCC Pahang telah di tugaskan menjaga parking bersama Killerbees..............semuanya berjalan lancar di bawah kelolaan saudara Deadpirate......ProCC Pahang telah menyertai acara sukan yang dianjurkan dengan penyertaan beberapa orang wakil dari ProCC HQ iaitu saudara Fidputra , Erol dan Mongkut......Saudara Hifni selaku President ProCC telah hadir sama memeriahkan program bersama isteri dan anak beliau......Q Lube telah sudi hadir untuk membuat free flusing kepada kereta-kereta PMCA yang berminat......terima kasih diucapkan.
Bola Sepak Pantai - Tewas
Bola Tampar Pantai - Tempat Ke 4
Bola Jaring Pantai - Tempat Ke 3
Tarik Tali - Tewas
Karaoke - Tewas
Acara Sukaneka - tidak menyertai
KEHADIRAN
53 Artboy
331 Riyad71
432 Acaitare
457 Deadpirate
551 Lizdaf
658 Monster Garrage
711 Bluerose
724 BadarBennie
727 Jambu8303
870 Are_Ja_808
952 Deadmushroom
962 Rosmalini
964 Asri71
1017 Dman81
1018 Noridz
1058 Iseymiyaki
1072 Shin Jan
1073 Scanner
1075 Hery
1083 ah_tat87 -
1109 Scorpio Girl
Nazmy_7884
Fidputra
Erolsjam
Mongkut
Hifni
Fida
Q LUbe
and all family members..............
Laporan
Riyad71
ProCC Pahang
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 31-Aug-2006 14:22 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PROCC PAHANG BOWLING FIESTA 2006
|
|
Bowling Fiesta ProCC Pahang 2006 telah diadakan pada
Hari : Sabtu
Masa : 5 petang
Tarikh : 29hb Julai 2006
Lokasi : Megalane Megamall Kuantan
Bayaran RM 20 seorang peserta
Pertandingan ini telah berjaya menarik seramai 23 orang peserta dari kalangan ahli ProCC Pahang dan keluarga.
Syarat - syarat penyertaan:
1. Ahli Berbayar ProCC Pahang / Malaysia
2. Ahli Keluarga ProCC Pahang
3. Akan diberi tahu kemudian semasa hari pertandingan
Hadiah Tajaan Kedai Emas Temerloh
Johan : Piala + sijil penghargaan ( lelaki / wanita )
N/Johan : Piala + sijil penghargaan (lelaki / wanita )
Ketiga : Piala + sijil penghargaan ( lelaki / wanita)
Keempat : Medal ( lelaki / wanita)
Kelima : Medal ( lelaki / wanita)
Keenam : Medal ( lelaki / wanita)
selebih nya hadiah penyertaan..............adalah sikit
KEPUTUSAN PROCC PAHANG BOWLING FIESTA 2006
LELAKI
1st - Artboy (Otai Procc Pahang)
460 Jatuhan Pin
2nd - Scanner (Sponser bayor makan masa TT aritu)
388 Jatuhan Pin
3rd - Acaitare (Exco sukan & rekreasi Procc Pahang)
387 Jatuhan Pin
WANITA
1st - Idas ( Penolong Exco sukan & rekreasi Procc Pahang)
295 Jatuhan Pin
2nd - Issrahayu (New Paid member)
245 Jatuhan Pin
3rd - Inira (dah kena booking dengan iseymiyaki dah)
203 Jatuhan Pin
Laporan
Riyad71
ProCC Pahang
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 31-Aug-2006 14:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MESYUARAT AGUNG PERTAMA PROCC PAHANG 2006
|
|
Mesyuarat Agung Pertama Procc Negeri Pahang 2006
Tempat : Kompleks Belia Daerah Maran
Tarikh : 7 Julai 2006
Masa : 8.30 Malam
AGENDA 07-07-06 :
Cadangan penubuhan AJK Kecil Procc Pahang
Setiausaha - Lizdaf
Exco Kebajikan dan Dakwah - Rosnizan & Are_Ja808
Exco Sukan dan Rekreasi - Acaitare & Idas
Exco Teknikal dan Komunikasi - Monstergarrage & Asri71
Cadangan barangan keluaran Procc negeri Pahang
Baju T-shirt ‘Special Edition’
Bendera kereta procc
Sapu tangan,tuala,key chain,mug dan pen Procc Pahang
Sticker kereta khas Procc Pahang
Lain-lain
Cadangan takwim Procc Pahang 2006/07
Aktiviti sukan dan riadah Procc Pahang
Cadangan yuran bulanan ahli Procc Pahang
Perbincangan pelan perniagaan Procc Pahang
Perbincangan mewujudkan bengkel panel Procc Pahang
Penyelesaian masalah-masalah berbangkit
semua ahli procc negeri Pahang DIWAJIBKAN hadir.........
UPDATED KEHADIRAN:
1. riyad71
2. rad_zuan
3. asri71
4. lizdaf
5. monster garrage
6. acaitare
7. deadpirate
8. shin jan
9. deadmushroom
10. bluerose
11. iseymiyakie
12. plum79
13. member dman
14. rosn izan
15. scanner
16. noridz
17. dman81
18. tm
19. nalzam
20. are_ja_808
21. jambu8303
22. artboy
Riyad71
ProCC Pahang
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 28-May-2006 17:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BBQ NIGHT 2006 PROCC PAHANG SUNGAI KARANG DARAT KUANTAN
|
|
Alhamdullillah syukur kehadrat Allah swt kerana dengan izinya ProCC Pahang sekali lagi berjaya menganjurkan XTVT tahunanya iaitu BBQ NIGHT 2006. Tahun ini merupakan kali kedua dianjurkan xtvt seumpamanya. Tahun ini juga telah menampakkan peningkatan penyertaan ahli procc dari Pahang dan HQ didalam menjayakan program ini. Kita amat bertuah kerana saudara Mongkut telah sudi untuk menjadikan rumah beliau sebagai tempat BBQ Night ProCC Pahang. Jutaan terima kasih diucapakan kepada beliau.
Tarikh : 27 May 2006
Tempat : Rumah persinggahan Mongkut di Sg. Karang,Kuantan
Masa : 12 tgh hari hingga malam
Program telah bermula seawal pukul 12 tengahari dimana ahli ProCC Pahang telah berkampung di rumah Mongkut untuk persediaan tempat. Satu team lagi berkumpul di rumah Monstergarrage untuk memasak dan pemyediaan makanan lain. Tepat pada pukul 8.45 pm majlis di mulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengurus ProCC Pahang saudara Riyad71. Majlis kemudian di jemput untuk menjamu selera dan di sajikan dengan tayangan VCD Program ProCC Pahang untuk tahun 2005 / 2006. Selepas menjamu selera pihak menganjur telah mengadakan permainan kotak beracun dimana hadiah - hadiah di sponser oleh Shell Bandar Jengka. Cabutan bertuah juga di buat dan hampir keseluruhan yang hadir dapat hamper atau hadiah yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
Diharap dengan xtvt sebegini tali sillaturahim antara kita dapat dieratkan dan dapat memupuk persahabatan yang kekal abadi. Lebih kurang pukul 11.30 pm majlis bersurai dimana bergambar dengan banner ProCC Pahang telah di buat di hadapan rumah saudara Mongkut. Di harap di tahun-tahun mendatang program sebegini akan mendapat sambutan dan dapat mengumpulkan lebih ramai ahli ProCC untuk menyertainya. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua ahli ProCC Pahang terutama saudara Deadpirate , Lizdaf , Monstergarrage , Rosnizan , Deadmushroom , Asri , Jambu , Are _JA , Watie dan lain - lain yang tak sempat di tulis ini pengorbanan anda semua untuk menjayakan program ini amat tinggi nilainya. Syabazzzzzzzzzz
Kehadiran Ahli ProCC
Deadpirate
Bluerose
Enol + 2 junior
Rose
Malau
Dassler
Rosn izan + 1 dewasa + 6 junior
5zul + 1 dewasa + 1 junior
Yus_L5
Riyad71 + 1 dewasa + 1 junior
Monster garrage + 1 dewasa
Lizdaf + 1 dewasa + 2 junior
Erol_sjamm
Deadmushroom
Fidputra
Mongkut
Anizar
Fishbrain
ARE_JA_808
Jambu8353
Radzuan + 1 dewasa + 4 junior
Tm + 1 dewasa + 2 junior
Din Lawar + 1 dewasa + 4 junior
Badarbennie
Pok_Leh
Othman + 1 dewasa + 1 junior
Idas
Wira Evo 79
Lapuran
Riyad71
ProCC Pahang
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 11-Apr-2006 14:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
DIY 3rd EDITION PROCC PAHANG TAMAN BANDAR INDERA MAHKOTA 2006
|
|
Pada 11.4.2006 telah berlansung satu lagi XTVT ProCC Pahang iaitu DIY 3rd Edition. XTVT ini di jalankan di Taman Bandar Indera Mahkota Kuantan iaitu tempat port DIY ProCC Pahang.
XTVT ini di ketuai oleh saudara Monstergarrage dan Deadpirate.
1. Kereta Deadpirate telah membuat pemasangan speaker dan siren berbagai bunyi.
2. Kereta Jambu telah membuat grounding wire
3. Kereta Asri telah membuat strobing light
4. Kereta Rosnizan telah di polish + Burn VCD "KUIZ SIAPA BOLEH"
5. Kereta Riyad71 tak sempat pasang volt meter dan boost meter kerana masalah teknikal
Kehadiran DIY ini adalah menggalakan dengan kehadiran ahli baru dan lama
Kehadiran:
1. Riyad71 + Watie + Aqeem
2. Deadpirate
3. Monstergarrage + Member + Member
4. Jambu
5. Are_Ja808
6. Asri
7. Lizdaf
8. Dedmushroom
9. Acaitare
10. Hafizan (nonpaid)
Sesudah DIY selesai sessi mengeteh telah dijalankan di Taman Gelora dimana ahli menjamu selera sebelum bertolak balik ke rumah masing-masing. XTVT DIY ini akan di jalankan dari masa kesemasa untuk mendedahkan ahli cara-cara membuat , memasang dan menguji peralatan didalam kereta dengan sendiri. Sekian
Laporan
Riyad71
ProCC Pahang
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 8-Apr-2006 16:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BERKELAH @ AIR TERJUN CHAMANG BENTONG PAHANG
|
|
Pada 1hb April 2006 ProCC Pahang telah menganjurkan satu XTVT Berkelah @ Air Terjun Chamang Bentong Pahang. Air Terjun Chamang ini adalah salah satu dari tempat tarikan pelancung di Pahang dan untuk famili beriadah kerana pemandanganya yang cantik, tertarik dan menarik.Ianya jauh dari kesibukan kota dan sesuai untuk warga kota menenangkan fikiran dan bersantai.
XTVT ini telah dibuka kepada semua ahli ProCC Pahang , ahli berbayar ProCC dan tidak berbayar. Sambutan yang di berikan adalah sangat menggalakan dan di luar jangkaan secara kasar keseluruhannya kehadiran adalah 60 orang. Konvoi ke Air Terjun Chamang ini terbahagi kepada dua iaitu konvoi ProCC Pahang dan konvoi ProCC HQ. Konvoi ini kemudianya bergabung di Bandar Bentong dengan diiringi oleh kereta peronda PDRM . Deretan kereta sebanyak 24 biji telah memecah kesunyian bandar Bentong dan konvoi ini telah menjadi tarikan penduduk yang terpegun melihat kedatangan kami ke bandar tersebut.
Marshall yang bertugas telah menjalankan tugas dengan sangat baik untuk mengawal deretan konvoi supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Marshall ProCC Pahang di ketuai oleh saudara Deadpirate , Riyad71 , Monstergarrage dan Lizdaf manakala ProCC HQ di ketuai oleh saudara SingleDude @ Maran dan Mongkut. Kereta peronda PDRM telah mengiringi konvoi sehingga ke parking lot Air Terjun Chamang.
Setibanya di parking lot kereta telah diaturkan untuk mengelakan kesesakan memandangkan hari tersebut adalah cuti am. Satu taklimat ringkas telah diberikan oleh saudara Riyad71 selaku penganjur kepada program ini. Selepas itu kesemua ahli telah bergerak menuju ketempat berkelah dan mengambil port masing-masing. ProCC HQ telah mengadakan BBQ dan acara kemuncak kepada program ini ialah sambutan hari ulang tahun anak kepada saudara Enol2711 dengan diraikan oleh ahli-ahli ProCC. Air di Air Terjun Chamang ini adalah tersangatlah sejuknya sehingga menusuk tulang , ahli - ahli tidak melepaskan peluang untuk merasai kenikmatan dan kenyamanan air terjun tersebut.
Port Luck yang dibawa oleh ahli-ahli telah di kongsi bersama dan makanan yang dibawa adalah mencukupi untuk program ini Setelah selesai mandi manda semua ahli telah berkumpul di parking lot semula dimana sessi suaikenal ahli berbayar dan tidak berbayar telah dijalankan oleh Riyad71 dan saudara Maran. Kereta ProCC telah diatur untuk sessi bergambar dengan ahli ProCC dengan memegang banner ProCC Pahang. Selesai bergambar kereta di susun untuk konvoi balik ke Kuala Lumpur , Maran dan Kuantan. Konvoi berpecah di susur keluar ke Kuala Lumpur dan Kuantan.
Secara keseluruhan XTVT ini telah berjaya menyatukan ahli-ahli ProCC dari kawasan Kuala Lumpur dengan Pahang . Ribuan terima kasih kepada ahli yang telah menyertai program anjuran ProCC Pahang tidak kesemua berkesempatan untuk berkenalan secara rapat dan mendalam tetapi komitmen yang diberikan adalah sangat dihargai dan di sanjungi. Hidup ProCC
* Gambar Ihsan dari Saudara Enol2711
Laporan
Riyad71
ProCC Pahang
|
|
|
|
|
|
| Monday, 20-Feb-2006 15:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KUIZ SIAPA BOLEH - PROCC HQ DAN PROCC PAHANG DI FINAS
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 20-Feb-2006 14:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
LATIHAN KUIZ SIAPA BOLEH TV3 - PROCC HQ DAN PROCC PAHANG
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 10-Feb-2006 10:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Program Kaunseling PPHIV di Hospital Kota Bahru Kelantan 2006
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 25-Dec-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PROCC PAHANG FAMILY RIDE PULAU PANGKOR 2005
|
|
Alhamdulillah ............setelah hampir sebulan merancang akhirnya Program ProCC Pahang Family Ride Pulau Pangkor 2005 telah berjaya mencapai matlamatnya.
Penyertaan ahli adalah dari ProCC Pahang dan ProCC HQ dan non paid member serta ahli keluarga mereka. Kami juga telah di kunjungi oleh sahabat dari ProCC Perak iaitu saudara Putera , Idnawase dan Adik78 yang sama -sama menjayakan program ini dan mereka juga bertindak sebagai jurupandu kepada konvoi ini.
Konvoi ini telah ketuai oleh saudara deadpirate sebagai Chief Marshall dengan dibantu oleh saudara lizdaf , mongkut dan riyad71. Perjalanan pergi dan balik adalah terkawal dimana semua marshall telah memainkan peranan mereka dengan baik. Penginapan peserta ada 2 tempat iaitu di Lumut dan Pulau Pangkor dimana kedua-duanya amat memuaskan.
Lawatan bermula dengan menara condong teluk intan .........tempat bersejarah , tumpuan pelancong ..amat bertuah dapat melawat tempat tersebut. Setibanya di Lumut kami telah dibawa berjalan-jalan di menikmati panorama yang menarik di sekitar jeti waktu malam........tempat dipenuhi pengunjung tempatan mahupun luar negeri. Pagi keesokanya kami bertolak ke Pulau Pangkor dengan menaiki feri............perjalanan mengambil masa 20 minit ke pulau tersebut..........pemandangan sangat menarik dapat melihat kapal-kapal yang berlabuh dan kapal-kapal dagang dari luar negara.
Setibanya di Pulau Pangkor kami menyewa van untuk melawat sekitar pulau.........destinasi pertama ialah Kota Belanda.........sangat menarik.....peninggalan sejarah......... Destinasi kedua ialah Small Great Wall Of China.........dimana replika tembok besar cina berada disini.......sangat menarik.....sejarah negara cina berada di Malaysia........kami kemudian dibawa ke kilang barangan laut seperti sotong , ikan ..............memborong sakan kaum hawa........sedap wooo makan sate ikan...sotong kering heeheh..............setelah puas membeli belah maka kami dibawa ke chalet untuk berehat.
Petang nya kami membuat xtvt bebas dimana ada yang menyewa bot untuk round pulau........mandi kat pulau lain.......pulau mintgor ker tak slah........yang lain mandi kat pantai teluk nipah sambil menikmati keindahan pantai , laut dan orang ramai. Rasa tak puas mandi laut.......tapi masa terhad.......selepas maghrib kami telah dibawa ke chalet ahli keluarga salah seorang ahli ProCC Pahang iaitu saudara Lizdaf untuk menikmati BBQ dan makan malam.................kami dilayan seperti VIP oleh owner chalet dengan menghidangkan makanan 4 star hotel beserta hiburan dari artis Philipina.........kami berasa terharu dan teramat gembira kerana layanan yang terbaik diberikan kepada kami.
Hari terakhir kami check out dari chalet dan menaiki feri kembali ke Lumut..............setibanya di Lumut kami telah di bawa oleh Saudara Mongkut untuk melawat Naval Base Lumut.........ini adalah pertama kali kami berpeluang untuk menaiki kapal perang yang digunakan oleh ATM .......penerangan panjang lebar telah diberikan oleh pegawai yang bertugas kepada kami. Pengalaman ini tiada tolok banding nya dan amat berguna kepada kami. Kami dibawa melawat sekitar kapal perang KD Hang Tuah....rasa macam nak belayar lak .
Setelah selesai lawatan atas kapal kami dibawa tour dengan bus didalam naval base ......very intresting event..........kemudian kami semua menaiki kereta masing-masing untuk meneruskan perjalanan balik ke Pahang. Dari segi penganjuran mungkin ada kelemahan sana sini tetapi tiada apa-apa masalah besar yang timbul ...........disiplin ahli amat bagus sekali.........mengikut arahan yang diberikan. Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang menjayakan program ini terutama saudara deadpirate , lizdaf dan mongkut yang telah berusaha bersungguh untuk menjayakan program ini.
Pengerusi Riyad71
Penasihat 1 Deadpirate
Penasihat 2 Lizdaf
Pengurus Penginapan Deadpirate
Pengurus Logistik Mongkut dan Deadpirate
Pengurus Aktiviti Anizar,Jambu8303 dan Badarbennie
Pengurus Fotografi Riyad71
Pengurus Konvoi @ Marshall Riyad71,Deadpirate dan Mongkut
Pengurus Hiburan Lizdaf dan Mongkut
Senarai Ahli
1 Riyad71 + watie + aqeem
2 Peperhush + father + mother
3 Jambu8303
4 Badarbenie
6 Arabaiyah
7 Rafeah
8 Hajar
9 Bluerose
10 Anizar
11 Deadpirate
12 Mongkut
13 Putera
14 Lizdaf
15 Wira_Evo79
ProCC Perak
1.Putera
2. Idnawse
3. Adik78
AHAD, 25/12/05
Masa Aktiviti
8:00 AM Konvoi dari kuantan bertolak ke R&R Maran
9:00 AM Bergabung dengan konvoi dari maran - bertolak ke Perak
12:00 PM Berhenti rehat di R&R Rawang
1:00 PM Konvoi bertolak ke Perak
3:00 PM Keluar Plaza tol Bidor dan melalui jalan lama ke Teluk Intan
5:00 PM Melawat menara condong Teluk Intan
6:00 PM Bertolak ke Lumut
7:00 PM Tiba di Lumut dan bergabung dengan PROCC Perak
7:30 PM Check In di Hotel Harbour View,Lumut
8:30 PM Makan malam di Lumut
10:00 PM Aktiviti bebas
ISNIN, 26/12/05
Masa Aktiviti
8:00 AM Sarapan Pagi
8:30 AM Check out dan Taklimat program oleh Saudara Riyad71 dan Deadpirate
9:00 AM Melawat pantai peranginan Teluk Batik
11:00 AM Menaiki bot di jeti Lumut ke Pulau Pangkor
12:00 PM Jelajah Pangkor
2:00 PM Makan tengah hari dan check in di Chalet Flora Beach Resort,Teluk Nipah,Pulau Pangkor
3:00 PM Aktiviti pantai dan riadah
8:00 PM Makan malam di sekitar pantai Teluk Nipah
9:00 PM Aktiviti bebas
SELASA, 27/12/05
Masa Aktiviti
8:00 AM Sarapan pagi
9:00 AM Taklimat program oleh Riyad71 dan Deadpirate
10:00 AM Tiba di jeti Lumut dan lawatan ke PSC Naval Dockyard,Naval Base,Lumut
12:00 PM Makan tengah hari di Seri Manjung,Perak
1:00 PM Konvoi bertolak ke Lebuhraya Utara Selatan
5:00 PM Berhenti rehat di R&R Tanjung Malim
6:00 PM Konvoi bertolak pulang ke Maran dan Kuantan
9:00 PM Konvoi dijangka tiba di Maran
10:00 PM Konvoi dijangka tiba di Kuantan
Yang Berusaha
Riyad71
ProCC Pahang
|
|
|
|